Tuesday, March 19, 2019

Sistem ERM for SME

Berita baik kini pihak pengendali blog pengurusan risiko enterprise dengan

rasminya melancarkan sistem ERM for SME version 1, menggunakan

platform Microsoft  Excel.

Ia sesuai digunakan oleh usahawan untuk

1 - merekod atau register jenis-jenis risiko dihadapi setiap jabatan atau staf terlibat

2 - menilai risiko dari aspek berangkalian berlaku dan impak kepada bisnes

3 - membantu meletakkan risiko untuk diselesaikan  mengikut keutamaan

4 - memaksimumkan kecekapan  aliran  tunai dengan memastikan kos diigunakan  berdasarkan

risiko bisnes

5 - meningkat keberkesanan sistem bisnes dengan prosedur  operasi standard atau SOP melalui
konsep risiko diurus  secara bersepadu (diilihat secara menyeluruh dalam satu organisasi)


Perisian ini telah memenangi pingat perak di pertandingan inovasi MPI 2017




untuk  memuat turun perisian tersebut secara percuma sila klik link berikut

https://www.dropbox.com/sh/1hghu1ucsdu7tsa/AABrHtFP0B4z4sWxxqD7a16xa?dl=0


untuk sebarang pertanyaan berkenaan perisian ini sila emelkan ke

khairulafzan@gmail.com




Thursday, December 8, 2016

Kenapa Kajian ini dijalankan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih kepada anda yang telah memberikan komitmen untuk menjawab kaji selidik ini. Bagi yang masih perlukan sedikit penerangan berkenaan kajian ini, saya akan menerangkannya secara ringkas.

Kajian ini sebenarnya bertujuan mengkaji sejauhmana usahawan menguruskan risiko semasa menjalankan perniagaan mereka. Sungguhpun keberanian mengambil risiko menjadi darah daging usahawan namun secara kita fahami lebih tinggi sesuatu risiko lebih tinggi pulangannya. Sama ada risiko menjadi ancaman atau peluang terpulang kepada cara kita menguruskannya.

Tetapi adakah risiko tersebut benar-benar diurus sebaiknya atau masih ada kekurangan di dalam pengurusan risiko secara menyeluruh dan sistematik. Selain itu juga adakah pengurusan risiko sama ada cara silo (satu persatu) atau menyeluruh mampu memberikan kesan pada pencapaian perniagaan atau syarikat anda.

Soalan yang diajukan di dalam borang ini secara tidak langsung diharapkan dapat membantu usahawan memahami amalan pengurusan risiko enterprise (PRE) yang lebih mementingkan pengurusan risiko bersepadu, sistematik dan memberi nilai terbaik buat organisasi.

Akhir kata, kajian ini amat penting untuk memastikan kajian berterusan serta penyediaan informasi lebih tepat dan terkini untuk membantu usahawan PKS terus berdaya saing.

Sekian, terima kasih

Khairul Afzan Aziz
Pelajar/Penyelidik
Pengurusan Risiko Enterprise
Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

 P/S: sebagai penghargaan terima kasih berikut disertakan link download sistem perakaunan PKS  untuk anda gunakan

>>>   https://www.dropbox.com/s/si4fy3ennr2cg4o/Sistem%20Akaun%20MUAB%20Trial%20Version.zip?dl=0     <<<<<

Surat Kebenaran Kajian



Link Borang (sekiranya borang kajian tidak dipaparkan)

https://goo.gl/forms/E5aTD5alq3NKgu7C2

Borang Kajian Pengurusan Risiko Enterprise